search

IMG_8295.PNG

"Betul ke, org kata minum air kunyit nanti cepat menopause???"

Nak tau jawapannya?
Jom baca info ni

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MENOPAUSE

🎋 Umur semasa haid pertama
Jika haid pertama seorang wanita pada usia yang agak muda, menopause akan lambat berlaku.


🎋 Faktor psikologi
Wanita yang tidak berkahwin & bekerja sgt mempengaruhi perkembangan psikologi wanita tersebut. Menurut beberapa kajian mereka akan mengalami masa menopause lebih cepat berbanding mereka yang berkahwin & bekerja.


🎋 Bilangan Anak
Beberapa penyelidik mendapati bahawa makin kerap seorang wanita melahirkan maka semakin tua atau lambat mereka memasuki masa menopouse.
Ini kerana kehamilan dan bersalin akan memperlahankan sistem kerja organ reproduksi wanita dan juga melambatkan proses penuaan tubuh.


🎋 Usia melahirkan
Semakin tua umur seseorang melahirkan anak, semakin tua ia memasuki usia menopouse.
Kajian yang dilakukan Beth Israel Deacones Medical Center in Boston mendedahkan bahawa wanita yang masih melahirkan di atas usia 40 tahun mengalami usia menopouse yang lebih tua.
Hal ini terjadi kerana kehamilan dan bersalin akan melambatkan sistem kerja organ reproduksi wanita serta melambatkan proses penuaan.


🎋 Penggunaan alat kontraseptif (alat pencegah kehamilan)
Penggunaan alat kontraseptif, khususnya alat kontraseptif jenis hormon juga boleh memberi kesan kepada seorang wanita mengalami kelewatan dalam menopause.
Hal ini terjadi kerana cara kerja perancang keluarga yang menekan fungsi ovari sehingga tidak menghasilkan sel telur.
Pada wanita yang menggunakan kontraseptif ini, akan lebih lama atau tua mengalami menopouse.


🎋 Merokok
Wanita yang merokok lebih cepat mengalami menopause.


🎋 Sosial ekonomi
Secara pasti faktor sosial ekonomi belum dapat dipastikan sebagai penyebab menopause .
Haa...dh dapat jawapannya kan???
Kesimpulannya, statement yg mengatakan minum air kunyit boleh cepatkan menopause adalah MITOS semata2.
Hakikatnya, penyebab menopause TIADA KAITAN LANGSUNG dgn pemakanan apatah lagi KUNYIT
.

Your cart is currently empty.

Continue shopping