search

Latar Belakang

Fars Q Beauty (SA0537334-K) adalah syarikat enterprise bumiputera yang didaftarkan pada pertengahan Disember 2019, yang diketuai dua orang yang berpengalaman di dalam bidang peniagaan dan merupakan salah seorang jurucakap Pelan Pemasaran Produk di salah satu syarikat terkemuka di Malaysia. 

Fars Q Beauty menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan minuman, aksesori kecantikan wanita dan lain-lain yang berasaskan pembuatan secara sendiri “homemade”.

Syarikat Fars Q Beauty mula menjalankan perniagaan pada awal Januari 2020 dengan mengeluarkan produk minuman homemade Kembali Dara di mana pada ketika itu, minuman Kembali Dara masih di dalam proses untuk mendapatkan kelulusan ujian makmal daripada Universiti Sains Malaysia.


Program Usahanita

Fars Q Beauty juga menerima jemputan untuk mengikuti Program Usahanita selama 6 hari bermula 11/2/2020 - 17/2/2020 (7 hari) dalam usaha memperkenalkan produk homemade keluaran bumiputera kepada agensi berkaitan seperti Mara, Tekun, SME Bank dan lain-lain pada ketika itu. Fars Q Beauty juga menjadi sebahagian di antara syarikat kecil bumiputera yang mampu berdaya saing dengan syarikat gergasi di Malaysia jika menemui rentak dan peluang yang tepat dalam industri perniagaan makanan dan minuman, kerana perlu bersaing dengan ratusan jenama jamu homemade yang terkenal di media sosial. Bermula daripada itu, Fars Q Beauty mula mengorak langkah awal dengan membuat strategi pelan pemasaran menggunakan pelbagai platform dalam memastikan produk Kembali Dara dikenali dan diminati oleh para penggemar minuman jamu homemade di luar sana.


Stokis Di 8 Negeri

Hari ini, dengan hanya kurang lebih 4 bulan sahaja Kembali Dara sudah memiliki hampir 2,000 orang penggemar Kembali Dara dan 8 Stokis di 8 Negeri antaranya ialah Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Stokus dan agen Kembali Dara juga sangat berkomited dan berdedikasi dalam usaha menjadikan Kembali Dara setanding dengan jenama gergasi di luar sana di samping dapat membantu mereka dalam menjana pendapatan sampingan yang lumayan.



Your cart is currently empty.

Continue shopping